Sponsore Ads

  

Pokok Paku Emas atau Penawar Jambi

Hutan memang kaya dengan khazanah perubatan yang tidak terhingga banyaknya. Boleh dikatakan setiap pokok yang tumbuh melata, menjalar dan yang tinggi menegak, kesemuanya mempunyai khasiat yang tersendiri.

Pokok Paku Emas di Ammar Zahraa Nursery.

Sebagai contoh pokok paku emas, yang tumbuh meliar di belukar dan hutan tebal mempunyai khasiat perubatan bagi menghentikan darah akibat luka dan seterusnya menjadi penawar bagi penyembuhannya.

Caranya ialah dengan mengikis lugut atau bulu yang berwarna emas yang terdapat pada dahan kemudian letakkan pada bahagian yang berdarah. Pokok yang terkenal dikalangan masyarakat Orang Asli ini, amat berguna dan mereka sering menyimpannya dalam bentuk yang sudah dikeringkan sebagai langkah berjaga-jaga apabila terluka.


Nama saintifiknya Cibotium barometz dan ada yang memanggilnya penawar jambi, bulu pusi dan berbagai lagi. Daun paku emas tersusun rapi seperti pokok pakis, tetapi saiznya jauh lebih besar dengan tangkai daunnya berwarna hitam dan keras.

Pokok yang tua akan membentuk batang yang tinggi sehingga empat meter.

Jika pelepah atau daun yang mati diurus dengan baik, pokoknya akan kelihatan cantik dan menarik. Sebab itulah dalam pembinaan landskap moden hari ini, pokok paku emas mula mendapat tempat sebagai pokok hiasan.


Daun mudanya berbentuk gelung dan mengeluarkan lendir seperti keluarga pakis.

Ia juga boleh dijadikan sayur dan jika dimakan dalam jumlah yang banyak boleh melawaskan buang air besar.

Selain itu, putik daun yang masih diselaputi bulu-bulu berwarna emas pula digunakan sebagai antiseptik bersama pembalut luka bagi mencegah pembiakan bakteria (Burkill 1935).

0 comments:

Ammar Zahraa Nursery

Ammar Zahraa Nursery

About

Ammar Zahraa Nursery Telah dibuka dengan rasmi pada 01 Mei 2013, di gurun kedah, Bermula Mei 2016 Ammar Zahraa Nursery telah berpindah premis di Batu 23 Jalan Yan Kechil, yan Kedah.... berdekatan dengan Restoren Bersila Gulai Itik dan terletak 500 meter daripada Sekolah Berasarama Penuh Agama Yan..(jika dari arah Guar Chempedak) Nursery ini menawarkan pelbagai species pokok hiasan, pokok bunga dan pokok buahan ....sedia dikunjungi oleh pelanggan yang berminat.