• Ammar Zahraa Nursery dibuka dengan rasminya

    Ammar Zahraa Nursery Telah dibuka dengan rasmi pada 01 Mei 2013, di gurun kedah, Bermula Mei 2016 Ammar Zahraa Nursery telah berpindah premis di Batu 23 Jalan Yan Kechil, yan Kedah.... berdekatan dengan Restoren Bersila Gulai Itik dan terletak 500 meter daripada Sekolah Berasarama Penuh Agama Yan..(jika dari arah Guar Chempedak) Nursery ini menawarkan pelbagai species pokok hiasan, pokok bunga dan pokok buahan ....sedia dikunjungi oleh pelanggan yang berminat.

  • POKOK MATOA (cristal) RM 25 sepokok BUAH TIGA RASA DALAM 1

    POKOK MATOA RM 25 sepokok di Ammar Zahraa Nursery (pokok akan mengeluarkan buah dalam masa 2 hingga 3 tahun.) Buah Nadir asli dari Hutan Papua Mempunyai 3 rasa dalam 1(Durian+Laici+Rambutan) Bentuk buah seakan-akan buah ambra. Isinya seakan buah lychi dan bijinya seakan2 biji buah durian... Rasanya yang sangat sedap(BUAH TIGA RASA DALAM 1)

  • Pasu reject dah kembali..!! harga serendah 3 BIJI RM 10

    Pasu reject dah kembali..!!!!!!!!! di Ammar Zahraa Nursery, Kampung Titi Serong, Batu 23 Jalan Yan Kechil. Yan . Kedah Darulaman. Telefon : 0192566614 Whatapps sahaja : 0132296721. (500 meter selepas Sekolah Menengah Agama Yan..jika dari Yan Kechil) (Berdekatan Restoren Bersila Gulai Itik)

  • Ammar Zahraa Nursery Sales Item - BATU SELET.

    Ammar Zahraa nursery menawarkan jualan batu selet, empat segi penuh dan empat segi lubang tepi. Ada hampir 1000 keping dalam stok. Sesuai untuk dibuat tutup longkang, step landskap dan tapak gerai. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan

Sponsore Ads

  

Untuk Makluman Operasi Nursery tidak beroperasi sehingga di maklumkan.

 


POKOK MATOA (cristal) RM 25 sepokok BUAH TIGA RASA DALAM 1





POKOK MATOA
RM 25 sepokok di Ammar Zahraa Nursery

(pokok akan mengeluarkan buah dalam masa 2 hingga 3 tahun.)
Buah Nadir asli dari Hutan Papua Mempunyai 3 rasa dalam 1(Durian+Laici+Rambutan)
Bentuk buah seakan-akan buah ambra. Isinya seakan buah lychi dan bijinya seakan2 biji buah durian...
Rasanya yang sangat sedap(BUAH TIGA RASA DALAM 1)
INFO MATOA
Matoa (pomotio pinnata) adalah tanaman buah asli khas Papua, Matoa berasal dari keluarga (family) rambutan (Sapindaceae). Matoa sebenarnya tumbuh liar di hutan-hutan Papua, sejenis tumbuhan pohon besar, tinggi pohon rata-rata 16 meter dengan diameter rata-rata maksimum 90 cm. Matoa berbuah sekali dalam setahun, berbunga pada bulan July hingga Oktober. Matoa merupakan buah bermusim yang berbuah pada bulan September-Nopember.
Distribusinya di Papua terdapat di seluruh wilayah dataran rendah hingga ketinggian ± 1200 m dpl. Tumbuh baik pada daerah yang kondisi tanahnya kering (tidak tergenang) dengan lapisan tanah yang tebal. Iklim yang sesuai untuk pertumbuhan yang baik adalah iklim dengan curah hujan tinggi (>1200 mm/tahun). Matoa terdapat juga di beberapa daerah di Maluku, Sulawesi, dan Papua New Guenea serta di daerah tropis Australia. Kini buah matoa juga terdapat di pulau Jawa dan kepulauan Riau (introduksi).
Di Papua terdapat 2 jenis matoa, yaitu matoa kelapa dan matoa papeda. Matoa Kelapa tekstur isi buahnya agak kenyal seperti rambutan aceh, diameter buah 2,2-2,8 cm dan diameter biji 1,25-1,40 cm. Sedangkan Matoa Papeda tekstur isi buahnya agak lembek dan lengket dengan diamater buah 1,4-2














Pasu reject dah kembali..!! harga serendah 3 BIJI RM 10



Pasu reject dah kembali..!!!!!!!!!
di Ammar Zahraa Nursery, Kampung Titi Serong, Batu 23 Jalan Yan Kechil. Yan . Kedah Darulaman.
Telefon : 0192566614
Whatapps sahaja : 0132296721.
(500 meter selepas Sekolah Menengah Agama Yan..jika dari Yan Kechil)
(Berdekatan Restoren Bersila Gulai Itik)
Untuk harga dan saiz pasu sila klik gambaq...

Lokasi di google maps. Klik disini >>>>>Ammar Zahraa Nursery/ Ammar Zahraa Enterprise


deretan pasu rejet di ammar zahraa nursery

Pasu Silinder Saiz No 4 (9.5 inci x 9 inci) 
3 BIJI RM 12









maklumat lanjut sila ke lawat dengan klik >>>>>>>FB Ammar Zahraa Nursery

Khasiat Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum dulcificum

Pokok Ajaib/ Buah Ajaib/Synsepalum dulcificum

Anak pokok tinggi 1 kaki >>>>RM 12 hanya di Ammar Zahraa Nursery



(Nama Botani :Synsepalum dulcificum

◊ Famili : Sapotaceae
◊ Negara asal : Ghana, Afrika
◊ Keperluan air : Banyak
◊ Tahap pH : 4.5 hingga 5.8
◊ Ketinggian pokok : 10 hingga 15 kaki
◊ Bunga : Warna putih
◊ Buah : Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah selepas 2 hingga 3 tahun
◊ Bahan aktif (Dari buah) 
i. Glycoprotein
ii. Miraculin (Taste altering chemical)

Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?.


 
Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya. Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis.
Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.
 
Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai ketinggian diantara 2 – 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila matang.

Terdapat lapisan yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.
Pokok ajaib hidup subur di tanah yang agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan batang.
Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali.

Daun pokok ajaib juga boleh menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.



Antara Khasiat Pokok Ajaib

>>>Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).

>>>Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi. Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.

>>>Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin
.
>>>Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih.
Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai. Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak. Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.
“Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser.
Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak khasiatnya.

Pelbagai jenis / warna Ros Jepun (RJ)/ Bunga Pukul 10/ Portulaca di @Ammar Zahraa Nursery

Jualan Pelbagai jenis / warna Ros Jepun (RJ)/ Bunga Pukul 10/ Portulaca di @Ammar Zahraa Nursery
1 Polibeg RM 4
3 Polibeg RM 10
Maaf jualan runcit di nursery sahaja, tiada jualan online...























BATU SELET.

BATU SELET.
Ammar Zahraa nursery menawarkan jualan batu selet, empat segi penuh dan empat segi lubang tepi.
Ada hampir 1000 keping dalam stok. Sesuai untuk dibuat tutup longkang, step landskap dan tapak gerai. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan murah. Sila berkunjung ke premis kami





Rebung Madu - Rebung dan Pokok Buluh

Tanaman rebung madu di Ammar Zahraa Nursery.
Dapatkan rebung yang siap diproses di premis kami.
Tempahan 0192566614

 
Rebung yang sudah siap dipotong. Kemudianya akan direbus dan dibungkus.

Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh. Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.

Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.

Penanaman.

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar.

Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.


Rebung muda menunggu masa untuk dituai.



Suasana kawasan tanaman rebung madu di ammarzahraa nursery..

Ammar Zahraa Nursery

Ammar Zahraa Nursery

About

Ammar Zahraa Nursery Telah dibuka dengan rasmi pada 01 Mei 2013, di gurun kedah, Bermula Mei 2016 Ammar Zahraa Nursery telah berpindah premis di Batu 23 Jalan Yan Kechil, yan Kedah.... berdekatan dengan Restoren Bersila Gulai Itik dan terletak 500 meter daripada Sekolah Berasarama Penuh Agama Yan..(jika dari arah Guar Chempedak) Nursery ini menawarkan pelbagai species pokok hiasan, pokok bunga dan pokok buahan ....sedia dikunjungi oleh pelanggan yang berminat.