Sponsore Ads

  

Rebung Madu - Rebung dan Pokok Buluh

Tanaman rebung madu di Ammar Zahraa Nursery.
Dapatkan rebung yang siap diproses di premis kami.
Tempahan 0192566614

 
Rebung yang sudah siap dipotong. Kemudianya akan direbus dan dibungkus.

Buluh madu atau nama saintifiknya "Gigantochloa albociliata", merupakan sejenis pokok Buluh. Buluhnya sesuai dijadikan produk kraftangan, perabot, batang pengepit makanan, pencungkil gigi, atau pencucuk makanan. Ia juga boleh dijadikan sebagai pokok hiasan, tetapi hasil buluh madu yang paling penting adalah penghasilan rebung madu yang enak.

Permintaan terhadap rebung madu dikalangan masyarakat Melayu juga amat menggalakkan kerana ia adalah makanan kesukaan ramai terutamanya dalam masakan tradisional Melayu. Rebung madu merupakan antara pilihan yang dicampurkan bersama kari dan kebiasaannya dihidangkan pada majlis-majlis kenduri.

Penanaman.

Tanaman pokok buluh tidak susah dijaga kerana ia ditanam sekali saja kerana buluh merupakan tumbuhan yang lasak, dan tanpa memerlukan penanaman semula, dengan dibaja setahun sekali. Bagaimanapun pokok buluh memerlukan kawasan yang mendapat jumlah air yang mencukupi, kerana ia tidak boleh ditanam di kawasan tanah yang terlalu kering atau tanah yang terendam yang menjejaskan pertumbuhan akar.

Pokok buluh yang ditanam bagi penghasilan rebung memerlukan tempoh matang yang singkat iaitu kira-kira seminimum 8 bulan manakala untuk batang buluh 6 tahun. Ia juga tidak sukar dijaga kerana pokok buluh tidak mempunyai musuh daripada haiwan.
Jarak tanaman antara rumpun adalah antara 15 kaki dan 20 kaki yang membolehkan kira-kira 350 rumpun buluh boleh ditanam bagi keluasan 0.4 hektar. Buluh boleh ditanam melalui keratan dahan yang berakar, keratan batang dan melalui kaedah tisu kultur.


Rebung muda menunggu masa untuk dituai.



Suasana kawasan tanaman rebung madu di ammarzahraa nursery..

0 comments:

Ammar Zahraa Nursery

Ammar Zahraa Nursery

About

Ammar Zahraa Nursery Telah dibuka dengan rasmi pada 01 Mei 2013, di gurun kedah, Bermula Mei 2016 Ammar Zahraa Nursery telah berpindah premis di Batu 23 Jalan Yan Kechil, yan Kedah.... berdekatan dengan Restoren Bersila Gulai Itik dan terletak 500 meter daripada Sekolah Berasarama Penuh Agama Yan..(jika dari arah Guar Chempedak) Nursery ini menawarkan pelbagai species pokok hiasan, pokok bunga dan pokok buahan ....sedia dikunjungi oleh pelanggan yang berminat.